BERITA & PROGRAM

Program sambutan ambang kemerdekaan merupakan program anjuran Perbadanan Taman Negeri Perak untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dikalangan masyarakat orang asli di Royal Belum. Selain itu ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pihak Perbadanan Taman Negeri Perak dan Masyarakat Orang Asli di Royal Belum. Program tersebut dibuat di Perkampungan Orang Asli Aman Damai dan dirasmikan oleh YB ahli parlimen Gerik, Dato' Hasbullah bin Osman pada 30 Ogos 2016.